Friday, December 10, 2010

Menikmati Chicken Chop @ Hutan Bandar @ RM5 only !!!!

LAMB CHOP

Sedang melihat ‘reaksi’ pengunjung melalui log pengunjung, ada yang mencari ‘Chicken Chop Hutan Bandar’. Sebenarnya penulis telah mengunjungi tempat yang semakin glamour dan menjadi buat mulut orang ramai pada hari Rabu lepas. Sampai sahaja di hutan bandar, tempat letak kereta di kawasan tersebut penuh. Hari Rabu. Penuh. Memang pelik. Dapat sahaja meletak kereta, terus mencari tempat makan. Nasib baik ada.

Nama restoran ini ialah Marissa Burger and Western. Menghidangkan kesemua jenis makanan western. Paling popular, Chicken Chop RM5, ya lima ringgit. Sirloin steak, Fish and Chip, Lamb Chop dan Oblong (sejenis burger serupa proseperity burger McDonalds).


FISH N CHIP


CHICKEN CHOP

Penulis menempah pesanan, Chicken Chop, Sirloin dan Fish and Chip. Suasana meriah menyelubungi Hutan Bandar. Ramai pengunjung seolah-olah terasa seperti hujung minggu. Dengar perbualan dari pelayan, kalau hujung minggu lagi penuh. Tidak dapat bayangkan. Hari rabu yang penulis pergi pun dah rasa sesak apatah lagi hujung minggu.

Makanan tiba, boleh dikatakan pantas. Untuk harga RM5, ianya hanya ok. Chicken chop yang diterjemahkan oleh Marissa Burger Western adalah 3 fillet ayam, coleslaw, kentang goreng, black-pepper gravy. Mungkin itu yang patut anda dapat dengan harga RM5. Fillet ayam yang biasa, bread-crumb seperti bancuhan tepung goreng pisang, dan black-pepper gravy yang tidak berapa mesra dengan ayam. Ya penulis tahu, Chicken Chop sepatutnya dimakan dengan chilli sauce sahaja.

Lamb chop pula dengan portion yang agak besar. Fish and chip biasa-biasa sahaja. Penulis mendapati hidangan yang dihidangkan adalah ok sahaja. Mungkin kalau sesak-sesak hujung bulan tapi tekak nak makan sedap, boleh la berkunjung ke sini.

Tetapi dengan hanya marketing pada akhbar tempatan, tempat ini menjadi popular dan buah mulut orang JB. Kalau anak buah/saudara sibuk nak makan chicken chop, boleh sahaja bawa ke sini.....

Keenakan Satay Wak Radol !!!


Siapa yang tidak kenal dengan nama Wak Radol? Anda di Johor Bahru dan tidak kenal dengan Wak Radol? Hampa...Nama Wak Radol memang sinonim dengan Satay. Kalau hendak menikmati satay pasti ada sahaja yang akan mencadangkan Satay Wak Radol.

Terdapat 2 Restoran Wak Radol, yang pertama, masih ditempat asal, di Kempas (Denai) dan yang terbaru ialah di Taman Kemas.



Menikmati hidangan satay Wak Radol di Kempas (Denai) @ tepi Highway Pasir Gudang pasti mengecurkan air liur penggemarnya...Bauan aroma serta cara hidangannya pasti memukau para pelanggannya..Di tengah - tengah kesibukan highway tatkala para pekerjanya sedang asyik menyediakan pesanan para pelanggan di tambah pula kemeriahan restorannya yang cukup selesa dengan suara - suara para pelanggannye..Begitulah meriahnye restoran satay Wak Radol...

Penulis bersama "geng belasah aje" makan malam di situ. 30 daging dan 30 ayam. Itu order utama kami. Di samping itu, Restoran Wak Radol turut menyediakan makanan lain seperti nasi dan mee. Memang sedap satay - sataynya tetapi yang paling sedap adalah satay dagingnya...PEHHH!!!sedap doo.....Kepada sesiapa yang belum mencubanye penulis sarankan berkunjunglah ke sana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...