Friday, December 10, 2010

Menikmati Chicken Chop @ Hutan Bandar @ RM5 only !!!!

LAMB CHOP

Sedang melihat ‘reaksi’ pengunjung melalui log pengunjung, ada yang mencari ‘Chicken Chop Hutan Bandar’. Sebenarnya penulis telah mengunjungi tempat yang semakin glamour dan menjadi buat mulut orang ramai pada hari Rabu lepas. Sampai sahaja di hutan bandar, tempat letak kereta di kawasan tersebut penuh. Hari Rabu. Penuh. Memang pelik. Dapat sahaja meletak kereta, terus mencari tempat makan. Nasib baik ada.

Nama restoran ini ialah Marissa Burger and Western. Menghidangkan kesemua jenis makanan western. Paling popular, Chicken Chop RM5, ya lima ringgit. Sirloin steak, Fish and Chip, Lamb Chop dan Oblong (sejenis burger serupa proseperity burger McDonalds).


FISH N CHIP


CHICKEN CHOP

Penulis menempah pesanan, Chicken Chop, Sirloin dan Fish and Chip. Suasana meriah menyelubungi Hutan Bandar. Ramai pengunjung seolah-olah terasa seperti hujung minggu. Dengar perbualan dari pelayan, kalau hujung minggu lagi penuh. Tidak dapat bayangkan. Hari rabu yang penulis pergi pun dah rasa sesak apatah lagi hujung minggu.

Makanan tiba, boleh dikatakan pantas. Untuk harga RM5, ianya hanya ok. Chicken chop yang diterjemahkan oleh Marissa Burger Western adalah 3 fillet ayam, coleslaw, kentang goreng, black-pepper gravy. Mungkin itu yang patut anda dapat dengan harga RM5. Fillet ayam yang biasa, bread-crumb seperti bancuhan tepung goreng pisang, dan black-pepper gravy yang tidak berapa mesra dengan ayam. Ya penulis tahu, Chicken Chop sepatutnya dimakan dengan chilli sauce sahaja.

Lamb chop pula dengan portion yang agak besar. Fish and chip biasa-biasa sahaja. Penulis mendapati hidangan yang dihidangkan adalah ok sahaja. Mungkin kalau sesak-sesak hujung bulan tapi tekak nak makan sedap, boleh la berkunjung ke sini.

Tetapi dengan hanya marketing pada akhbar tempatan, tempat ini menjadi popular dan buah mulut orang JB. Kalau anak buah/saudara sibuk nak makan chicken chop, boleh sahaja bawa ke sini.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...